Jumaat, 12 Julai 2019 | 10:23am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Asia dibuka rendah

SHANGHAI: Saham Asia susut kembali hari ini susulan kebimbangan baharu mengenai ketegangan perdagangan Sino-Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan sentimen menjelang pengumuman data perdagangan China, walaupun jangkaan pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) akhir bulan ini akan memberi kesan kepada pasaran.

Pelabur bagaimanapun tetap yakin meskipun kenaikan dalam kadar inflasi pengguna AS pada Jun dan ia dibantu kenaikan dalam indeks S&P 500 ke paras rekod ketika ditutup semalam.

Niaga hadapan e-mini S&P 500 naik 0.21 peratus kepada 3,010.25 mata.

Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan bahawa pengurangan kadar faedah mungkin diumumkan pada mesyuarat Fed berikutnya ekoran pelaburan perniagaan yang perlahan akibat pertikaian perdagangan dan kelembapan pertumbuhan global.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.05 peratus pada awal dagangan, dengan saham Australia susut 0.16 peratus dan indeks saham Nikkei Jepun jatuh 0.11 peratus.

“Pasaran menikmati manfaat kecil akibat pertikaian perdagangan AS-China sejak pengumuman gencatan perang dagang dan permulaan semula rundingan pada mesyuarat G20.

“Malangnya, tajuk utama sekali lagi menjadi tumpuan,” kata penganalisis ANZ dalam nota penyelidikan pagi ini.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump, berkata China tidak memenuhi janji untuk membeli produk pertanian dari petani Amerika.

“Walaupun ini bukan penggerak pasaran yang besar, ia berfungsi sebagai peringatan bahawa perkara itu boleh memberi akibat,” kata penganalisis.

- Reuters

Berita Harian X