Rabu, 3 Julai 2019 | 7:41am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) mencatat kenaikan sederhana dengan keghairahan berhubung gencatan perang perdagangan AS-China mulai pudar selepas AS mengancam mengenakan tarif tambahan ke atas import Eropah.

Washington bercadang mengenakan tarif ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) bernilai AS$4 bilion, lanjutan kepada pertikaian berhubung subsidi pesawat.

Namun, pasaran mendapat rangsangan mencukupi untuk menolak S&P 500 menghampiri paras tertinggi baharu untuk sesi kedua berturut-turut.

S&P 500 menokok hampir tujuh peratus pada Jun dengan harapan dua ekonomi terbesar di dunia itu akan mencari jalan untuk menamatkan perang perdagangan.

Dengan data ekonomi AS dan global yang menunjukkan tanda-tanda kelembapan, tumpuan pelabur kini ialah kepada dasar monetari dan musim pendapatan korporat akan datang.

Dow Jones Industrial Average menokok 69.25 mata atau 0.26 peratus kepada 26,786.68.

S&P 500 naik 8.65 mata atau 0.29 peratus kepada 2,972.98.

Nasdaq Composite menambah 17.93 mata atau 0.22 peratus kepada 8,109.09.

Kira-kira 6.36 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.02 bilion purata 20 sesi dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X