Selasa, 2 Julai 2019 | 7:55am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

S&P 500 ditutup rekod tertinggi

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) menokok tetapi ditutup sedikit lebih rendah berbanding paras ketinggian harian, diterajui kenaikan dalam saham teknologi susulan keyakinan bahawa perbincangan perdagangan AS-China akan menghasilkan sesuatu yang positif dan perkembangan memberangsangkan berhubung syarikat telekomunikasi China, Huawei.

Bagaimanapun, S&P 500 berjaya ditutup pada rekod tertinggi selepas AS dan China bersetuju pada Sabtu untuk menyambung semula rundingan perdagangan.

Selain itu, Presiden Donald Trump juga menawarkan kompromi termasuk tiada tarif baharu dan melonggarkan sekatan ke atas Huawei Technologies Co Ltd, manakala China pula bersetuju untuk membuat pembelian baharu ke atas produk ladang AS.

Saham teknologi, yang mencatat prestasi terbaik di Wall Street setakat ini pada 2019, melonjak 1.45 peratus, dengan Apple Inc menambah 1.83 peratus, sekali gus muncul perangsang terbesar kepada kenaikan indeks.

Dow Jones Industrial Average menokok 117.47 mata atau 0.44 peratus kepada 26,717.43.

S&P 500 naik 22.57 mata atau 0.77 peratus kepada 2,964.33.

Nasdaq Composite menambah 84.92 mata atau 1.06 peratus kepada 8,091.16.

Kira-kira 7.04 bilion saham bertukar tangan di bursa AS, berbanding 7.15 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X