Jumaat, 21 Jun 2019 | 9:12am

Saham Tokyo dibuka lebih rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi Jumaat apabila yen yang lebih kukuh melemahkan sentimen positif daripada rali semalaman di Wall Street.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.18 peratus, atau 37.76 mata, pada 21,425.10 pada awal dagangan, manakala Indeks Topix turun 0.39 peratus, atau 6.07 mata, pada 1,553.83.

Rali di pasaran Amerika Syarikat (AS) menggalakkan pelabur membeli, tetapi "tumpuan hari ini ialah sama ada pasaran boleh menangkis yen yang lebih kukuh," kata Okasan Online Securities dalam satu nota.

Yen yang lebih kukuh memberi kesan harga saham pengeksport kerana ia menjadikan barangan mereka lebih mahal di luar negara.

"Harapan pengurangan kadar AS dan jangkaan rundingan perdagangan AS-China bertambah baik mungkin menyokong penyusutan, tetapi kebimbangan terhadap peningkatan prestasi syarikat Jepun akibat yen yang lebih tinggi dan ... pengambilan untung menolak turun pasaran," kata Mizuho Securities.

Di Tokyo, bank adalah antara yang mencatat penurunan, dengan dagangan Mitsubishi UFJ Financial turun 0.35 peratus pada 505.4 yen dan Sumitomo Mitsui Financial turun 0.45 peratus pada 3,758 yen. - AFP

Berita Harian X