Khamis, 20 Jun 2019 | 7:57am

S&P 500 hampiri rekod tertinggi

NEW YORK: S&P 500 menghampiri rekod tertinggi Rabu selepas Rizab Persekutuan mengisyaratkan pengurangan kaedah faedah pada akhir tahun ini, meyakinkan kebimbangan pelabur bahawa perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi.

Mengatakan ia "akan bertindak secara bersesuaian untuk mengekalkan" pengembangan ekonomi, bank pusat itu mengisyaratkan pengurangan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan untuk baki 2019.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat dasar dua hari itu, Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah, seperti dijangkakan, tetapi membatalkan janji sebelumnya untuk "bersabar" dalam pelarasan kadar.

Ia melonjakkan S&P 500 dan Dow Jones kepada kurang daripada satu peratus daripada penutup tertinggi April.

Dengan meningkatnya keyakinan bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah, dan dengan harapan berakhirnya perang perdagangan AS-China, saham AS meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini. S&P 500 menokok enam peratus pada Jun.

Dow Jones Industrial Average meningkat 0.15 peratus kepada 26,504.27 mata.

S&P 500 naik 0.30 peratus kepada 2,926.44.

Nasdaq Composite menambah 0.42 peratus kepada 7,987.32.

Adobe Inc melonjak 5.2 peratus selepas penyedia perisian Photoshop itu mengatasi anggaran penganalisis dalam keuntungan dan pendapatan suku tahunan.

Facebook turun 0.5 peratus kerana rancangan melancarkan mata wang digital menghadapi tindak balas daripada pengawal selia dan ahli politik di AS dan di luar negara.

Sejumlah 6.5 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.8 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X