Rabu, 19 Jun 2019 | 7:42am

Wall Street hampiri paras tertinggi

NEW YORK: Wall Street melonjak dan S&P 500 mendekati rekod tinggi selepas Washington menghidupkan semula rundingan perdagangan dengan Beijing.

Ini sekali gus, meningkatkan sentimen selain meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah tahun ini.

Presiden Donald Trump, berkata beliau akan bertemu dengan Presiden Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 akhir bulan ini dan berkata perbincangan antara kedua-dua negara akan dimulakan semula selepas terhenti baru-baru ini.

Perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan impak terhadap pertumbuhan ekonomi membuatkan pelabur semakin menjangkakan Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar untuk mengekalkan pengembangan ekonomi AS.

Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dasar dua hari yang berakhir Rabu, sambil meletakkan asas untuk mengurangkannya pada akhir tahun ini.

Rizab Persekutuan dijadualkan mengeluarkan kenyataannya pada 1800 GMT dan Pengerusi Jerome Powell akan mengadakan sidang akhbar sejurus selepas itu.

Dow Jones Industrial Average melonjak 1.35 peratus untuk ditutup pada 26,465.54 mata.

S&P 500 naik 0.97 peratus kepada 2,917.75.

Nasdaq Composite melonjak 1.39 peratus kepada 7,953.88.

Sejumlah 7.0 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.8 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. -Reuters

Berita Harian X