Khamis, 13 Jun 2019 | 7:43am
Wall Street ditutup lebih rendah, menyaksikan saham sektor perbankan merosot. - Foto hiasan
Wall Street ditutup lebih rendah, menyaksikan saham sektor perbankan merosot. - Foto hiasan

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih rendah, menyaksikan saham sektor perbankan merosot berikutan prospek kemungkinan Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah adalah tinggi, manakala saham tenaga susut bersama-sama penyusutan harga minyak.

Indeks tenaga S&P 500 merosot 1.4 peratus, paling besar dalam kalangan 11 sektor S&P, kerana kebimbangan permintaan mendorong harga minyak Amerika Syarikat (AS) turun empat peratus.

Penyusutan hari ini menjadikan sektor tenaga S&P 500 yang paling buruk bagi tahun ini.

Laporan Jabatan Buruh menunjukkan harga pengguna AS naik 0.1 peratus pada Mei, sejajar jangkaan ahli ekonomi yang ditinjau Reuters, menunjuk kepada inflasi sederhana.

Ini menyokong pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Saham perbankan, yang cenderung meraih manfaat daripada kadar faedah yang lebih tinggi, turun 1.4 peratus. Sektor kewangan yang lebih meluas turun satu peratus.

Dow Jones Industrial Average turun 43.68 mata atau 0.17 peratus kepada 26,004.83.

S&P 500 turun 5.88 mata atau 0.20 peratus kepada 2,879.84.

Nasdaq Composite turun 29.85 mata atau 0.38 peratus kepada 7,792.72.

Sejumlah 5.98 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.88 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X