Khamis, 30 Mei 2019 | 6:19pm
Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.83 mata kepada 1,636.50 selepas dibuka 2.69 mata lebih rendah pada 1,620.98. - Foto hiasan
Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.83 mata kepada 1,636.50 selepas dibuka 2.69 mata lebih rendah pada 1,620.98. - Foto hiasan

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh minat belian berterusan di kaunter saham mewah terpilih, diketuai Public Bank dan Petronas Gas.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.83 mata kepada 1,636.50 selepas dibuka 2.69 mata lebih rendah pada 1,620.98.

Indeks bergerak antara 1,620.28 dan 1,639.42 sepanjang hari.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 366, manakala 334 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan 103 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.47 bilion unit bernilai RM2.67 bilion daripada 1.95 bilion unit bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata prestasi pasaran saham yang lebih baik hari ini didorong oleh sentimen pasaran yang lebih baik terutama perkembangan korporat yang positif serta pendapatan korporat suku pertama (Q1) yang lebih baik, yang mencetuskan minat belian.

“Sebagai contoh, saham yang aktif didagangkan sejak pagi, AirAsia yang mengumumkan dividen khusus sebanyak 90 sen sesaham, menyokong pergerakan pasaran.

“Selain itu, beberapa syarikat yang mencatat keputusan yang tinggi, termasuk Petronas Gas, Petronas Dagangan dan Axiata, juga menyokong pergerakan pasaran hari ini,” katanya.

Beliau berkata meskipun mencatatkan keputusan suku pertama yang lebih rendah, TNB mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi, sebanyak RM2.5 bilion berbanding RM697.0 juta pada suku sebelumnya, dan ini membantu mengangkat FBM KLCI.

Pada penutupan, AirAsia menokok 22 sen kepada RM2.85 dengan 92.25 juta saham didagangkan.

Petronas Gas menambah 74 sen kepada RM17.56, Petronas Dagangan meningkat 52 sen kepada RM25.32 dan Axiata menokok 15 sen kepada RM4.56.

Antara saham wajaran tinggi lain, Public Bank meningkat 60 sen kepada RM23.60, CIMB menambah enam sen kepada RM5.21 dan MISC naik 13 sen kepada RM6.94.

Bagi saham aktif, Bumi Armada meningkat satu sen kepada 21 sen, Telekom Malaysia menambah 74 sen kepada RM3.46 manakala Ekovest menokok dua sen kepada 79.5 sen.

Indeks FBM Emas menambah 119.24 mata kepada 11,487.48 dan FBMT 100 meningkat 116.83 mata kepada 11,343.11.

Indeks FBM Emas Shariah naik 115.80 mata kepada 11,671.36, Indeks FBM Ace meningkat 14.81 mata kepada 4,306.28, namun FBM 70 menambah 258.30 mata kepada 14,072.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 154.75 mata kepada 16,767.45, Indeks Perladangan turun 16.06 mata kepada 6,811.24 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.85 mata kepada 159.29.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.69 bilion saham bernilai RM2.51 bilion berbanding 1.39 bilion saham bernilai RM1.74 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 518.84 juta unit bernilai RM112.50 juta berbanding 278.73 juta unit bernilai RM47.71 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 257.14 juta saham bernilai RM46.97 juta berbanding 282.49 juta saham bernilai RM46.98 juta sebelumnya.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 295.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (202.22 juta), pembinaan (210.07 juta), teknologi (88.73 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (43.75 juta) 119.26 juta), perladangan (18.11 juta), REIT (15.42 juta), dana tertutup (30,000), tenaga (483.72 juta), penjagaan kesihatan (20.62 juta), telekomunikasi dan media (128.15 juta) dan utiliti (29.77 juta).

–BERNAMA

Berita Harian X