Rabu, 29 Mei 2019 | 10:35am

Harga minyak turun

SINGAPURA: Harga minyak turun hari ini berikutan kebimbangan berhubung perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China akan mencetuskan kemelesetan ekonomi global.

Bagaimanapun, bekalan yang agak ketat di tengah-tengah pemotongan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta ketegangan politik di Timur Tengah menawarkan sokongan kepada harga.

Niaga depan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$69.85 pada 0101 GMT, turun 26 sen, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$58.70 satu tong, turun 44 sen, atau 0.7 peratus, daripada penyelesaian terakhirnya. - Reuters

Berita Harian X