Selasa, 28 Mei 2019 | 10:05am

Bursa Malaysia kekal momentum menaik

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk diniagakan lebih tinggi pada sesi awal hari ini berikutan institusi tempatan menyediakan sokongan dengan minat belian terhadap beberapa saham berkaitan indeks.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.46 mata kepada 1,605.81 selepas dibuka 2.91 mata lebih baik pada 1,604.26.

Indeks itu ditutup 3.03 mata lebih tinggi pada 1,601.35 semalam.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 134 berbanding 79 dengan 141 kaunter tidak berubah, manakala 1,588 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 75.11 juta saham bernilai RM23.58 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota berkata, walaupun dengan kenaikan semalam oleh saham indeks utama, persekitaran pasaran keseluruhan kekal tidak membosankan di tengah-tengah penyertaan pasaran yang semakin tipis disebabkan persengketaan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang menjurus pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati.

Ia menjangka FBM KLCI akan meningkat dalam jangka terdekat dengan menguji tahap rintangan 1,605 mata.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, TNB naik lapan sen kepada RM11.44, Maxis naik lima sen kepada RM5.41, Public Bank naik 10 sen kepada RM22.88 dan Axiata naik empat sen kepada RM4.58.

Dalam kalangan saham aktif, KNM meningkat setengah sen kepada 19.5 sen, Econpile menokok dua sen kepada 62 sen manakala Vortex turun dua sen kepada 23 sen dan Scomi turun 1.5 sen kepada enam sen. - BERNAMA

Berita Harian X