Jumaat, 10 Mei 2019 | 9:51am

Brent AS$70.85 setong

SYDNEY: Harga minyak Amerika Syarikat meningkat pada Jumaat disokong keyakinan baharu mengenai perjanjian perdagangan antara Washington dan Beijing yang mungkin dimuktamadkan selepas pelabur bimbang perang tarif berlarutan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$70.85 setong pada 0021 GMT, naik 48 cent atau 0.7 peratus daripada penutup terakhirnya.

Brent ditutup sedikit berubah pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$62.29 setong, naik 59 cent atau 1satu peratus daripada penutup terakhirnya.

WTI ditutup susut 0.7 peratus pada sesi sebelumnya.

Penganalisis berkata, minyak mendaat sokongan susulan harapan baharu perjanjian perdagagan China-AS selepas Presiden AS, Donald Trump berkata beliau menerima “khabar indah” dari Presiden China, Xi Jinping.

Trump memetik surat itu sebagai berkata: “Marilah kita bekerjasama kita lihat jika kita boleh melakukan sesuatu”.

- Reuters

Berita Harian X