Selasa, 7 Mei 2019 | 10:16am

Brent AS$71.16 setong

SINGAPURA: Harga minyak bercampur-campur hari ini selepas pasaran memantau sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas pengeksport minyak Iran dan Venezuela, selain kebimbangan berterusan pertikaian perdagangan Sino-AS yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan minyak mentah,

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$62.29 setong pada 0135 GMT, 4 cent lebih daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$71.16 setong, 8 cents lebih tinggi daripada penutup sebelumnya.

Penganalisis berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga minyak berada dalam tekanan.

AS mengetatkan sekatan ke atas eksport minyak Iran dan semalam ia berkata bahawa Washington akan meningkatkan bilangan tentera di Asia Barat.

Tehran berkata, ia akan menentang sekatan itu dan cuba terus menjual minyak di pasaran sekunder.

Iran juga mengancam untuk tindakan timbal balik ke atas sekatan AS, yang mungkin bermakna ia akan memulakan semula beberapa program nuklearnya.

- Reuters

Berita Harian X