Khamis, 2 Mei 2019 | 8:03am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Saham AS ditutup lebih rendah Rabu.

Dow Jones Industrial Average turun 162.77 mata atau 0.61 peratus kepada 26,430.14.

S&P 500 susut 22.1 mata atau 0.75 peratus kepada 2,923.73.

Nasdaq Composite turun 45.75 mata atau 0.57 peratus kepada 8,049.64.

Hampir setiap sektor S&P 500 mengakhiri dagangan lebih rendah.

Sejumlah 7.44 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.61 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya.

Saham lebih tinggi pada sebahagian besar sesi dagangan dan S&P 500 mencatatkan rekod urus niaga harian tertinggi pada awal dagangan, didorong oleh lonjakan dalam saham Apple Inc.

Syarikat itu melaporkan keputusan kewangan suku tahun yang mengatasi anggaran Wall Street walaupun penurunan dalam pendapatan iPhone.

Ia juga mengumumkan rancangan untuk membeli semula sahamnya bernilai AS$75 bilion dan menaikkan dividen tunai sebanyak lima peratus. Saham Apple ditutup 4.9 peratus lebih tinggi. - Reuters

Berita Harian X