Jumaat, 26 April 2019 | 7:17pm
BANGUNAN Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. - NSTP/Salhani Ibrahim

Bursa Malaysia akhiri dagangan tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham murah dalam saham permodalan kecil dan berharga rendah dalam keadaan sentimen berhati-hati terhadap prospek pertumbuhan ekonomi tempatan dan global, kata para peniaga.

Pada sesi penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.16 peratus atau 2.70 mata kepada 1,638.38 daripada paras penutup 1,635.68 pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,638.66 dan bergerak antara paras 1,632.58 dan 1,639.18 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 495 berbanding 384, manakala 359 kaunter tidak berubah, 674 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.84 bilion unit bernilai RM2.06 bilion daripada 3.77 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Khamis.

Seorang peniaga berkata para pelabur optimis lawatan kerja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China ketika ini akan memberi hasil positif yang akan melimpah ke pelbagai sektor dan meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan.

“Pada masa yang sama, penurunan harga minyak, pertumbuhan data ekonomi global yang kurang memberangsangkan, meskipun pendapatan korporat positif oleh syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat, juga menjejaskan sentimen pelabur, menyebabkan berlaku beberapa aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.

Berita bahawa China akan membeli lebih banyak minyak sawit mentah Malaysia pada masa depan menerusi satu perjanjian telah meningkatkan saham berkaitan sawit.

Saham Sime Darby Plantation meningkat tiga sen kepada RM5.12, Kuala Lumpur Kepong naik 10 sen kepada RM24.80 dan TDM menokok satu sen kepada 23 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.14, Public Bank naik empat sen kepada RM22.64, Petronas Chemicals menokok lima sen kepada RM9.10 manakala Tenaga susut dua sen kepada RM12.14.

Kaunter paling cergas, Ekovest tidak berubah pada 94.5 sen, Bumi Armada turun 1.5 sen kepada 23 sen, dan Tiger Synergy susut satu sen kepada enam sen.

Indeks FBM Emas naik 11.31 mata kepada 11,665.81, FBMT 100 meningkat 14.57 mata kepada 11,477.12 dan FBM 70 menokok 1.19 mata kepada 14,730.73.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 15.97 mata kepada 11,858.92 tetapi Indekse FBM Ace turun 22.74 mata kepada 4,793.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.64 mata kepada 16,881.46, Indeks Perladangan naik 33.64 mata kepada 7,298.47 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.40 mata kepada 172.01.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.20 juta saham bernilai RM1.94 bilion berbanding 2.93 juta saham bernilai RM2.37 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 354.91 juta unit bernilai RM70.76 juta daripada 395.74 juta unit bernilai RM76.81 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 286.34 juta saham bernilai RM48.79 juta berbanding 437.05 juta saham bernilai RM82.68 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 269.60 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (283.39 juta), pembinaan (433.51 juta), teknologi (91.54 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (49.68 juta), hartanah (294.47 juta), perladangan (100.60 juta), REITs (4.61 juta), dana tertutup (43,000), tenaga (561.46 juta), penjagaan kesihatan (45.86 juta), telekomunikasi dan media (34.58 juta), pengangkutan dan logistik (19.75 juta) dan utiliti (14.21 juta). - BERNAMA

Berita Harian X