Rabu, 10 April 2019 | 9:22am
Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi ini. - Foto hiasan
Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi ini. - Foto hiasan

Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi ini berikutan penyusutan semalaman di Wall Street di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Penanda aras Nikkei 225 turun 0.87 peratus atau 189.28 mata kepada 21,613.31 pada awal dagangan manakala indeks Topix turun 1.01 peratus atau 16.39 mata kepada 1,602.37.

"Tekanan jualan mungkin akan bertambah disebabkan penyusutan berterusan dalam saham AS dan pengukuhan yen," kata Okasan Online Securities.

"Selain perang perdagangan AS-China, ketegangan antara Amerika Syarikat dan Eropah semakin meningkat, mencetuskan kebimbangan bahawa ekonomi global mungkin akan bertambah buruk," kata firma itu dalam satu nota. - AFP

Berita Harian X