Khamis, 21 March 2019 | 7:50am
S&P 500 dan Dow ditutup lebih rendah berikutan saham kewangan sensitif kadar faedah mengheret turun indeks. - Foto Reuters
S&P 500 dan Dow ditutup lebih rendah berikutan saham kewangan sensitif kadar faedah mengheret turun indeks. - Foto Reuters

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: S&P 500 dan Dow ditutup lebih rendah berikutan saham kewangan sensitif kadar faedah mengheret turun indeks selepas Rizab Persekutuan menegaskan pendiriannya dalam dasar monetari.

Walaupun ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS), buat sementara, menyongsang penyusutan awal susulan kenyataan Rizab Persekutuan itu, hanya Nasdaq mengakhiri sesi itu dalam wilayah positif.

Dow Jones Industrial Average susut 141.71 mata atau 0.55 peratus kepada 25,745.67.

S&P 500 turun 8.34 mata atau 0.29 peratus kepada 2,824.23.

Nasdaq Composite menambah 5.02 mata atau 0.07 peratus kepada 7,728.97.

Daripada 11 sektor utama S&P 500, enam mengakhiri sesi dalam wilayah negatif.

Saham Fedex Corp merosot 3.5 peratus selepas syarikat penghantaran pakej global itu mengurangkan unjuran keuntungan 2019.

Sejumlah 7.76 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.53 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X