Isnin, 11 March 2019 | 7:32pm

Brent naik, AS$66.29 setong

LONDON: Harga minyak naik hari ini, disokong oleh kenyataan daripada Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih bahawa pengakhiran pemotongan bekalan yang diketuai OPEC tidak mungkin berlaku sebelum Jun dan laporan menunjukkan kejatuhan dalam aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$56.50 setong pada 0945 GMT GMT, naik 43 cent atau 0.77 peratus daripada penutupan terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.29 setong, meningkat 55 cent atau 0.84 peratus.

Falih berkata, ia menjadi terlalu awal untuk mengubah perjanjian pengeluaran yang dipersetujui oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum sekutu termasuk Russia sebelum mesyuarat badan itu pada Jun.

Pasaran minyak disokong oleh pemotongan bekalan berterusan oleh OPEC+ yang berjanji untuk mengurangkan 1.2 juta tong sehari (bpd) sejak awal tahun ini.

Kumpulan itu akan bertemu pada 17-18 April, dengan perhimpunan lain dijadualkan pada 25-26 Jun, untuk membincangkan dasar pembekalan.

Meneruskan usaha pengeluar utama dunia untuk menurunkan harga komoditi itu, pegawai Arab Saudi berkata negara itu bercadang untuk mengurangkan eksport minyak mentah pada April di bawah paras tujuh juta tong sehari.

“Kami menjangakakn pasaran minyak mengukuh pada suku kedua 2019, membolehkan Brent pulih dalam lingkungan AS$70-AS$80 setong dalam beberapa bulan akan datang,” kata penganalisis UBS, Giovanni Staunovo. - Reuters

Berita Harian X