Khamis, 7 March 2019 | 11:41am

Output minyak mentah AS meningkat, harga minyak susut

SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini, diheret turun oleh rekod output minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan inventori bahan api komersial.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$56.11 satu tong pada 0033 GMT, susut 11 cents, atau 0.2 peratus daripada penutup terakhir.

Minyak mentah Brent masih belum diniagakan.

Simpanan minyak mentah AS meningkat lebih tinggi daripada jangkaan minggu lalu, dengan inventori menokok 7.1 juta tong kepada 452.93 juta tong, demikian menurut laporan mingguan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS pada Rabu.

Pengeluaran minyak mentah AS kekal pada rekod 12.1 juta tong sehari (bpd), meningkat lebih daripada dua juta bpd sejak awal 2018.

Lonjakan pengeluaran AS menjejaskan usaha diterajui oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tahun ini untuk mengekalkan 1.2 juta bpd bekalan bagi menyempitkan pasaran dan menaikkan harga. - REUTERS

Berita Harian X