Jumaat, 15 Februari 2019 | 7:53am
A monitor at a traders desk shows the dip in the value of the pound yesterday as the result was given of the vote on British Prime Minister Theresa May's Brexit plan at the offices of IG markets in the City of London on January 16, 2019. - The pound held its ground today and London's FTSE opened higher after the record defeat of British Prime Minister Theresa May's Brexit plan, as investors consider the next developments in the long-running saga. (Photo by Paul ELLIS / AFP)

S&P 500, Dow susut

NEW YORK: S&P 500 dan Dow turun manakala Nasdaq mencatatkan kenaikan kecil berikutan pelabur mula mencerna data jualan runcit dengan harapan rundingan peringkat tinggi di Beijing dapat menyelesaikan persengketaan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

S&P 500 berada atas purata pergerakan 200 hari, tahap teknikal utama, untuk sesi ketiga berturut-turut.

Semua ketiga-tiga indeks saham AS itu tersekat kenaikannya oleh saham yang sensitif kewangan apabila pulangan bon Perbendaharaan AS jatuh disebabkan data ekonomi lebih lemah daripada jangkaan.

Perbincangan untuk meredakan pertikaian tarif yang sedang berlangsung antara dua ekonomi terbesar di dunia itu bergerak ke tahap lebih tinggi apabila rundingan AS-China maju di Beijing menjelang tarikh akhir 1 Mac.

Tetapi keyakinan perdagangan dihalang oleh laporan Jabatan Perdagangan AS yang menunjukkan jualan runcit pada Disember mengalami penurunan paling besar dalam tempoh lebih sembilan tahun, menimbulkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi.

"Pasaran memanjat tembok kebimbangan ini sejak Krismas," kata Tim Ghriskey, Ketua Strategi Pelaburan di Inverness Counsel di New York.

"Sebahagian daripada kebimbangan itu mungkin menjadi realiti, dan itulah yang menghalang pelabur kembali."

Dow Jones Industrial Average turun 103.88 mata atau 0.41 peratus kepada 25,439.39.

S&P 500 turun 7.3 mata atau 0.27 peratus kepada 2,745.73.

Nasdaq Composite menambah 6.58 mata atau 0.09 peratus kepada 7,426.96.

Daripada 11 sektor utama S&P 500, enam ditutup dalam wilayah negatif.

Cisco Systems Inc naik 1.9 peratus disokong laporan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan, manakala saham Coca-Cola Co merosot, turun 8.4 peratus dan memberikan kesan terbesar dalam menarik turun Dow.

Jumlah dagangan di bursa AS ialah 7.18 bilion saham, berbanding 7.43 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X