Khamis, 7 Februari 2019 | 9:27am

Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah hari ini menjejaki penyusutan semalaman di Wall Street, dengan pelabur memberi tumpuan kepada laporan pendapatan korporat.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.19 peratus atau 39.11 mata pada 20,834.95 pada awal dagangan, manakala indeks Topix susut 0.24 peratus atau 3.78 mata kepada 1,578.35.

"Susulan penyusutan saham Amerika Syarikat (AS), jualan dilihat menguasai dagangan pada pembukaan," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan.

Memandangkan laporan pendapatan dijangka dikeluarkan sewaktu dagangan Tokyo, pasaran dijangka bergerak tidak menentu pada lewat sesi, tambah Okasan.

Di Tokyo, syarikat automotif adalah kalangan yang mencatat penurunan, dengan Toyota susut 2.02 peratus kepada 6,567 yen, Honda turun 0.62 peratus pada 3.016 yen dan Nissan turun 0.56 peratus pada 925 yen.

Prestasi kaunter automotif lebih rendah kerana sebahagiannya disebabkan kebimbangan berhubung perang perdagangan AS-China dan risiko kelembapan ekonomi global, kata Mashauki Kubota, ketua strategi di Rakuten Securities dalam satu nota.

Kebimbangan bahawa pembuat kereta Jepun tertinggal di belakang pesaing global dalam peralihan kepada kenderaan elektrik daripada hibrid juga memberi kesan kepada saham, kata Kubota. - AFP

Berita Harian X