Khamis, 31 Januari 2019 | 8:25am
- Foto Hiasan
- Foto Hiasan

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) meneruskan rali selepas Rizab Persekutuan berkata ia akan bersabar dalam menaikkan kos pinjaman tahun ini, meyakinkan kebimbangan pelabur berhubung kelembapan ekonomi.

Bersama-bersama keputusan suku tahunan yang lebih baik dari Apple, komen Rizab Persekutuan itu membantu Wall Street menyongsang penyusutan dua hari sebelum ini.

Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah.

Saham Apple melonjak 5.8 peratus selepas melaporkan pertumbuhan mendadak dalam perniagaan perkhidmatan, meredakan kebimbangan selepas pembuat iPhone pada awal bulan ini mengurangkan unjuran jualan suku semasa.

Dow Jones Industrial Average melonjak 1.77 peratus untuk ditutup pada 25,014.86 mata.

S&P 500 naik 1.55 peratus kepada 2,681.05.

Nasdaq Composite melonjak 2.2 peratus kepada 7,183.08.

Pelabur juga menjejaki pusingan terakhir rundingan antara Washington dan Beijing yang bermula Rabu.

Sejumlah 7.9 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.7 bilion saham 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X