Rabu, 30 Januari 2019 | 9:04am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Saham Tokyo mendatar menjelang rundingan perdagangan AS-China

TOKYO: Saham Tokyo dibuka mendatar berikutan peniaga menunggu rundingan semula perdagangan AS-China.

Indeks Nikkei 225, yang buat sementara berada di wilayah positif pada pembukaan, turun 0.13 peratus, atau 26.89 mata, kepada 20,637.75.

Indeks Topix naik 0.03 peratus, atau 0.43 mata, pada 1,557.52.

"Pelabur akan mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pengumuman dasar monetari Rizab Persekutuan, rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China dan laporan keputusan kewangan," kata pakar strategi Okasan Online Securities, Yoshihiro Ito dalam satu ulasan.

"Pasaran mungkin kekurangan petunjuk."

Di Wall Street, saham syarikat teknologi tinggi susut menjelang pengumuman pendapatan daripada sektor itu.

Di Tokyo, Sony jatuh 0.99 peratus kepada 5,296 yen sementara Toyota merosot 0.44 peratus kepada 6,646 yen.

Pengendali rantaian runcit Uniqlo Fast Retailing turun 0.73 peratus kepada 50,210 yen. - AFP

Berita Harian X