Selasa, 22 Januari 2019 | 7:42pm
Momentum belian pada saat-saat akhir di kaunter berkaitan indeks, membantu meningkatkan indeks di Bursa Malaysia untuk ditutup lebih kukuh hari ini. - Foto hiasan
Momentum belian pada saat-saat akhir di kaunter berkaitan indeks, membantu meningkatkan indeks di Bursa Malaysia untuk ditutup lebih kukuh hari ini. - Foto hiasan

Belian saat akhir tingkatkan harga di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Momentum belian pada saat-saat akhir di kaunter berkaitan indeks, membantu meningkatkan indeks di Bursa Malaysia untuk ditutup lebih kukuh hari ini walaupun sentimen lemah secara menyeluruh di bursa serantau, susulan kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan ekonomi dunia, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,702.12, meningkat 9.90 mata berbanding 1,692.22 pada penutupan Jumaat sebelum mencecah paras rendah 1,688.19 mata pada sekitar 4 petang.

Indeks dibuka 6.66 mata lebih rendah pada 1,698.88 pada 9 pagi.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh bagaimanapun negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 486 berbanding 369 manakala 365 kaunter tidak berubah, 672 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.32 bilion saham bernilai RM2.12 bilion, berbanding 3.05 bilion saham bernilai RM2.12 bilion sebelumnya.

Pada Isnin, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun anggaran pertumbuhan global, yang memberi isyarat bahawa momentum ekonomi, yang dilihat sejak kebelakangan ini, semakin merosot.

IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 3.5 peratus pada 2019 dan 3.6 peratus pada 2020, masing-masing 0.2 dan 0.1 mata peratus kurang daripada unjuran pada Oktober lepas, semakan menurun keduanya dalam tempoh tiga bulan.

Ia berkata, isu lain selain daripada ketegangan perdagangan yang semakin meningkat, boleh mencetuskan kemerosotan sentimen untuk mengambil risiko, yang seterusnya akan memberi implikasi pertumbuhan yang buruk, memandangkan tahap hutang awam dan swasta yang tinggi.

Potensi pencetus termasuk ‘tidak rundingan’ Brexit bagi United Kingdom dan kelembapan di China yang lebih buruk daripada jangkaan.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM9.51, Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM8.52 namun Public Bank melonjak 38 sen kepada RM25.18, dan TNB menokok dua sen kepada RM13.70.

Bagi kaunter aktif, Bumi Armada dan Sapura Energy masing-masing merosot setengah sen kepada 21.5 sen dan 28 sen, V.S Industry turun lima sen kepada 78.5 sen manakala Sumatec Resources menambah setengah sen kepada satu sen.

Indeks FBM Emas menokok 36.90 mata kepada 11,741.26, Indeks FBMT 100 meningkat 43.51 mata kepada 11,627.50, Indeks FBM Emas Shariah menambah 15.17 mata kepada 11,642.90, Indeks FBM 70 susut 48.92 mata kepada 13,728.64 manakala Indeks FBM Ace turun 27.82 mata kepada 4,441.72.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 97.17 mata kepada 17,625.42, Indeks Perladangan meningkat 41.75 mata kepada 7,242.79, dan Indeks Perkhidmatan dan Produk Kewangan susut 0.62 mata kepada 163.04.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.65 bilion saham bernilai RM2.01 bilion, berbanding 2.34 bilion saham bernilai RM2.00 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 306.69 juta unit bernilai RM51 juta berbanding 357.71 juta unit bernilai RM66.30 juta yang direkodkan sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 357.48 juta saham bernilai RM53.66 juta berbanding 354.08 juta saham bernilai RM46.19 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 200.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (339.68 juta), pembinaan (127.38 juta), teknologi (218.77 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (46.28 juta) 132.98 juta), perladangan (30.39 juta), REIT (9.03 juta), dana tertutup (38,800), tenaga (1.43 bilion), penjagaan kesihatan (34.62 juta), telekomunikasi dan media (24.05 juta) dan utiliti (38.42 juta). - BERNAMA

Berita Harian X