Jumaat, 11 Januari 2019 | 8:02am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Wall Street meneruskan kenaikan untuk hari kelima berturut-turut dengan mana pelabur bertindak balas terhadap komen bercampur-campur oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, selain amaran daripada penyusutan harga saham Macy.

Powell menegaskan pandangan pembuat dasar lain bahawa Rizab Persekutuan akan bersabar berhubung kenaikan kadar faedah.

Bagaimanapun, indeks saham utama itu bergerak ke wilayah negatif buat seketika selepas Powell mengatakan kunci kira-kira bank itu "akan lebih kecil," dan selepas beliau meluahkan kebimbangan berhubung saiz hutang Amerika Syarikat (AS).

S&P 500 menokok lebih 10 peratus daripada paras terendah 20 bulan di cecah sekitar Krismas, disokong harapan rundingan perdagangan AS-China akan mencapai kejayaan.

Dow Jones Industrial Average menokok 0.51 peratus untuk ditutup pada 24,001.92 mata.

S&P 500 menambah 0.45 peratus kepada 2,596.63.

Nasdaq Composite naik 0.42 peratus kepada 6,986.07.

Saham perindustrian sensitif kepada perdagangan menokok 1.44 peratus, dilonjakkan oleh Boeing Co, yang menambah 2.55 peratus selepas tentera udara AS akhirnya menerima pesawat KC-46 selepas lewat penghantarannya.

American Airlines Group Inc turun 4.13 peratus selepas ia merendahkan unjuran pendapatan dan keuntungan suku keempat.

Sejumlah 7.3 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.9 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X