Rabu, 9 Januari 2019 | 6:26pm

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kembali rendah pada penutupan selepas mencatat keuntungan semasa dagangan awal hari ini, namun pasaran kekal positif secara menyeluruh susulan pelabur terus membeli saham murah selain saham berwajaran tinggi, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, indeks penanda aras ditutup pada paras terendah harian pada 1,667.83, merosot 4.93 mata berbanding 1,672.76 pada penutupan Selasa.

Pada awal dagangan, FBM KLCI mencatatkan paras tertinggi harian pada1,684.08 selepas dibuka 6.30 mata lebih tinggi pada 1,679.06.

Jumlah dagangan positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 677 berbanding 258, manakala 312 kaunter tidak berubah, 617 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Dagangan rancak, dengan jumlah dagangan meningkat kepada 3.02 bilion saham bernilai RM2.52 bilion berbanding 2.31 bilion saham bernilai RM2.03 bilion pada Selasa.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby Plantation melonjak 11 sen kepada RM5.03, Genting Malaysia menambah tujuh sen kepada RM3.26, Genting Bhd menokok 10 sen kepada RM6.41, MAHB meningkat 22 sen kepada RM8.16 manakala RHB Bank menambah lima sen kepada RM5 .33.

Public Bank dan TNB masing-masing meningkat dua sen kepada RM24.68 dan RM13.66, Maybank dan CIMB tidak berubah pada RM9.47 dan RM5.65 manakala Petronas Chemicals turun 44 sen kepada RM8.55.

Bagi saham aktif, MY E.G menambah 9.5 sen kepada RM1.05, Sino Huan-An meningkat empat sen 20 sen manakala Sapura Energy, Bumi Armada dan Hubline masing-masing naik setengah sen kepada 30 sen, 15.5 sen dan 5.5 sen.

Ancom susut dua sen kepada 47 sen, Ancom Logistics turun setengah sen kepada sembilan sen selepas syarikat itu dikitkan dengan bekas pengerusi agensi kerajaan yang telah direman atas kelulusan kontrak.

Indeks FBM Emas meningkat 23.32 mata kepada 11,481.49, Indeks FBMT 100 menokok 7.89 mata kepada 11,367.16 manakala Indeks Syariah FBM Emas susut 3.60 mata kepada 11,355.42.

Indeks FBM Ace melonjak 97.75 mata kepada 4,471.93 dan FBM 70 menambah 182.24 mata kepada 13,313.02.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menyusut 2.23 mata kepada 162.91, Indeks Kewangan naik 24.39 mata kepada 17,369.76 manakala Indeks Perladangan meningkat 21.88 mata kepada 6,966.0.

Jumlah dagangan dii Pasaran Utama meningkat kepada 2.15 bilion saham bernilai RM2.35 bilion berbanding 1.65 bilion saham bernilai RM1.89 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 465.93 juta unit bernilai RM92.74 juta berbanding 300.21 juta unit bernilai RM58.30 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 401.55 juta saham bernilai RM75.51 juta berbanding 358.52 juta saham bernilai RM78.19 juta sebelumnya.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 214.998 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (587.97 juta), pembinaan (235.26 juta), teknologi (309.44 juta), SPAC (1.10 juta), perkhidmatan kewangan (46.26 juta) (160.23 juta), perladangan (34.27 juta), REIT (5.31 juta), dana tertutup (1,000), tenaga (308.45 juta), penjagaan kesihatan (77.36 juta), telekomunikasi dan media (50.03 juta) ) dan utiliti (43.04 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X