Jumaat, 4 Januari 2019 | 9:56am

Harga minyak dunia susut

SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) menyusut hari ini berikutan negara itu menunjukkan petanda pertumbuhan ekonomi perlahan, namun, penurunan itu dihadkan daripada usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan bekalan di pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$46.71 satu tong pada 0117 GMT, susut 35 cent, atau 0.7 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut 38 cent, atau 0.7 peratus kepada AS$55.57 satu tong.

Data daripada Institut Pengurusan Bekalan (ISM) untuk Disember lalu menunjukkan pertumbuhan paling perlahan di AS dalam tempoh sedekad, berikutan konflik perdagangan dengan China dan kemerosotan harga ekuiti semakin menjejaskan ekonomi terbesar dunia itu.

Namun begitu, peniaga berkata, harga minyak dijangka mendapat sokongan daripada langkah mengurangkan bekalan oleh OPEC yang akan dilaksanakan bermula bulan ini.

OPEC, Russia dan negara bukan ahli OPEC, pada Disember lalu bersetuju untuk mengurangkan bekalan sehingga 1.2 juta bpd pada 2019 daripada paras yang dicatatkan pada Oktober 2018.

“Sekiranya OPEC dan negara bersekutu mematuhi usaha itu, ia akan mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk menghabiskan lebihan inventori,” kata perunding tenaga FGE.

-- REUTERS

Berita Harian X