Khamis, 20 Disember 2018 | 7:47am

Dow Jones terendah sejak November 2017

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) susut ketara selepas Rizab Persekutuan meramalkan kekerapan kenaikan kadar faedah yang lebih sedikit pada 2019, jauh di bawah harapan pelabur yang mahu melihat dasar monetari yang lebih mantap.

Dow Industrials ditutup pada paras terendah sejak November 2017. Dow Transports susut 3.2 peratus.

Penanda aras S&P 500 susut 14.5 peratus daripada penutup tertinggi pada 20 September. Dalam kalangan komponennya, 298 susut lebih 20 peratus.

Di Bursa Saham New York dan Nasdaq, lebih 2,000 kaunter mencecah paras terendah 52 minggu.

Harga saham menjadi tidak menentu selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan mengeluarkan kenyataan, dan disusuli selepas itu oleh kenyataan Pengerusi Jerome Powell.

Pelabur berkata, kenyataan Powell bahawa beliau tidak menjangka bank pusat akan mengubah dasarnya menimbulkan kebimbangan berhubung persekitaran kewangan.

Rizab Persekutuan dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali pada 2019, berbanding tiga kali yang diramalkan sebelumnya.

Dow Jones Industrial Average jatuh 351.98 mata, atau 1.49 peratus, kepada 23,323.66.

S&P 500 turun 39.2 mata, atau 1.54 peratus, kepada 2,506.96.

Nasdaq Composite turun 147.08 mata, atau 2.17 peratus, kepada 6,636.83.

Sejumlah 10.81 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.22 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X