Jumaat, 14 Disember 2018 | 7:44am
- Foto Hiasan
- Foto Hiasan

Wall Street mendatar

NEW YORK: S&P 500 ditutup dengan mencatat perubahan kecil menyaksikan sesi dagangan yang turun naik disebabkan pelabur terus bimbang berhubung ketidaktentuan berhubung isu-isu domestik dan antarabangsa.

Indeks S&P bergerak antara wilayah positif dan negatif selepas gagal mengekalkan rali pembukaan yang dicetuskan oleh harapan kejayaan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Dow Jones Industrial Average menokok 70.11 mata, atau 0.29 peratus, kepada 24,597.38.

S&P 500 turun 0.53 mata, atau 0.02 peratus, kepada 2,650.54.

Nasdaq Composite susut 27.98 mata, atau 0.39 peratus, kepada 7,070.33.

Sektor kewangan S&P susut 0.6 peratus berikutan penyusutan saham perbankan sebanyak satu peratus.

Sejumlah 7.55 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.02 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X