X
Khamis, 13 Disember 2018 | 7:40am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi sungguhpun ia di bawah paras tertinggi sesi.

Ini kerana pelabur mula menarik keluar pelaburan pada minit-minit akhir dagangan.

Presiden Donald Trump, dalam satu temubual dengan Reuters, berkata rundingan perdagangan dengan China berjalan baik.

Pedagang berkata, China membeli belian kacang soya AS, pembelian besar pertama sejak Washington dan Beijing bersetuju untuk berdamai buat seketika.

Selain itu, Trump berkata beliau akan masuk campur dalam kes membabit eksekutif kanan di Huawei Technologies sekiranya ia dapat membantu mencapai kesepakatan perdagangan antara kedua-dua negara.

Dow Jones Industrial Average menokok 157.03 mata, atau 0.64 peratus, kepada 24,527.27.

S&P 500 menambah 14.29 mata, atau 0.54 peratus, kepada 2,651.07.

Nasdaq Composite menambah 66.48 mata, atau 0.95 peratus, kepada 7,098.31.

Sementara pasaran dijangka akan kekal di atas paras terendah 2018 yang diuji beberapa kali baru-baru ini, Robert Phipps, pengarah di Per Stirling di Austin, Texas menjangka naik turun harga akan berterusan.

Sejumlah 8.13 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.06 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X