Rabu, 12 Disember 2018 | 9:01am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini disokong nilai yen yang lebih rendah dan lantunan dalam pasaran saham Eropah.

Penanda aras Nikkei 225 menokok 0.87 peratus atau 183.06 mata kepada 21,331.08 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.82 peratus atau 12.88 mata pada 1,588.19.

"Pasaran Tokyo melantun daripada penyusutan baru-baru ini disebabkan rali di bursa Eropah dan terhentinya pengukuhan yen berbanding dolar AS, kata Okasan Online Securities dalam satu komentar.

Di Tokyo, saham automotif mengukuh dengan Toyota menambah 1.21 peratus kepada 6,827 yen dan Honda naik 1.62 peratus kepada 3,070 yen.

Nissan melantun 1.48 peratus kepada 929.3 yen pada awal dagangan, selepas jatuh 3.10 peratus semalam susulan pengerusi Carlos Ghosn dihadapkan dengan dakwaan baharu.

Sony naik 2.68 peratus kepada 5,888 yen dan Panasonic menambah 2.95 peratus kepada 1,081.5 yen. - AFP

Berita Harian X