Jumaat, 30 November 2018 | 9:25am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Saham Tokyo dibuka mendatar

TOKYO: Saham Tokyo dibuka mendatar pagi ini berikutan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang Sidang Kemuncak G20 hujung minggu ini.

Penanda aras Nikkei 225 susut 0.01 peratus atau 2.19 mata kepada 22,260.41 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.08 peratus atau 1.38 mata pada 1,660.85.

"Sementara pelabur menanti pertemuan Amerika Syarikat (AS) dan China pada mesyuarat G20 nanti, tumpuan hari ini ialah sama ada indeks Nikkei boleh melantun kepada sekitar 22,300 mata, kata Toshiyuki Kanayama, penganalsis pasaran kanan di Monex, dalam satu nota.

Pengeluaran perkilangan Jepun bagi Oktober naik 2.9 peratus berbanding bulan sebelumnya, selepas susut 0.4 peratus pada September, demikian menurut data rasmi.

Bagaimanapun, ia hanya memberi impak kecil ke atas harga saham mahupun pasaran kewangan.

Dolar AS mencecah 113.38 yen pada dagangan Asia, berbanding 113.42 yen di New York. - AFP

Berita Harian X