Jumaat, 30 November 2018 | 7:43am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih rendah sedikit berikutan penyusutan dalam saham berkaitan teknologi dan kewangan, sekali gus memadamkan kenaikan awal.

Ketiga-tiga indeks utama Amerika Syarikat (AS) mengakhiri sesi dagangan turun di bawah satu peratus.

Dow Jones Industrial Average susut 27.59 mata, atau 0.11 peratus, kepada 25,338.84.

S&P 500 turun 5.99 mata, atau 0.22 peratus, kepada 2,737.8.

Nasdaq Composite susut 18.51 mata, atau 0.25 peratus, kepada 7,273.08.

Daripada 11 sektor utama S&P 500, lima daripadanya ditutup dalam wilayah negatif.

Twitter Inc susut 4.4 peratus selepas Politico melaporkan tindakan Fox News yang memboikot media sosial itu adalah membimbangkan kerana ia mengundang kesan tindak balas yang lebih meluas.

Sejumlah 6.85 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.67 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X