Khamis, 29 November 2018 | 8:09am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Ulasan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell bahawa penanda aras kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berada di bawah paras neutral mencetuskan kenaikan ketara di Wall Street.

Harapan AS dan China dapat mencapai kesepakatan berhubung perang perdagangan pada sidang kemuncak G20 di Argentina hujung minggu ini juga merangsang pasaran di seluruh.

Dow Jones Industrial Average menokok 617.7 mata, atau 2.5 peratus, kepada 25,366.43.

S&P 500 menambah 61.61 mata, atau 2.30 peratus, kepada 2,743.78.

Nasdaq Composite menokok 208.89 mata, atau 2.95 peratus, kepada 7,291.59. - Reuters

Berita Harian X