Rabu, 21 November 2018 | 9:59am

Ringgit lemah berbanding dolar AS pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Ringgit berundur daripada kenaikan Isnin untuk dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, berikutan dolar AS yang lebih kukuh membendung permintaan terhadap unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1950/2000 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1920 penutup Isnin.

Pasaran ditutup semalam sempena Maulidur Rasul.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0491/0534 daripada 3.0509/0563 Selasa, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7180/7234 daripada 3.7158/7213.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.3646/3714 daripada 5.3887/3959 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7680/7754 daripada 4.7845/7910. - BERNAMA

Berita Harian X