Rabu, 21 November 2018 | 8:08am
- Foto Hiasan
- Foto Hiasan

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Bursa saham di New York menyaksikan penjualan buat hari kedua berikutan susutnya saham tenaga bersama-sama harga minyak, manakala peruncit pula termasuk Target dan Kohl merudum selepas mencatat pendapatan lebih rendah selain unjuran lemah disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi.

Nasdaq ditutup di paras terendah dalam tempoh lebih tujuh bulan manakala S&P 500 dan Dow Jones ditutup di paras terendah sejak lewat Oktober, sehari selepas saham Apple, internet dan teknologi lain susut ketara.

Dow Jones Industrial Average susut 551.8 mata, atau 2.21 peratus, kepada 24,465.64.

S&P 500 turun 48.84 mata, atau 1.82 peratus, kepada 2,641.89.

Nasdaq Composite turun 119.65 mata, atau 1.7 peratus, kepada 6,908.82.

Sekitar 9.0 bilion saham bertukar tangan berbanding 8.6 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X