Jumaat, 19 Oktober 2018 | 12:16pm

Saham Asia menyusut

SHANGHAI: Saham Asia semakin susut berikutan China yang adalah ekonomi kedua terbesar dunia, mencatat pertumbuhan ekonomi paling lemah sejak krisis kewangan global, menambahkan lagi kebimbangan pasaran berhubung persengketaan perdagangan, peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan bajet kerajaan Itali.

Indeks MSCI yang menjejaki saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.2 peratus susulan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini China itu.

Saham Australia susut 0.3 peratus dan indeks Nikkei di Jepun 1.1 peratus lebih rendah.

Prestasi semalaman lemah di Wall Street menetapkan nada bagi dagangan Asia.

Dow Jones Industrial Average susut 1.27 peratus, S&P 500 turun 1.44 peratus dan Nasdaq Composite susut 2.06 peratus.

"Pasaran terus mencerna kombinasi kadar faedah AS yang lebih tinggi, ketegangan perdagangan yang sedang berlangsung dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi China," kata penganalisis di ANZ dalam satu nota. - Reuters

Berita Harian X