Khamis, 18 Oktober 2018 | 8:06am

WTI turun di bawah AS$70 satu tong

NEW YORK: Harga minyak susut menyaksikan dagangan hadapan Amerika Syarikat (AS) ditutup di bawah AS$70 satu tong buat pertama kali dalam sebulan.

Ia berikutan stok simpanan minyak mentah AS menunjukkan penambahan sebanyak 6.5 juta tong, hampir tiga kali anggaran penganalisis, manakala eksport pula menyusut.

Harga minyak menokok minggu ini disebabkan kebimbangan berhubung sekatan ke atas Iran dan ketegangan antara AS dan Arab Saudi selepas kematian wartawan Jamal Khashoggi.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) susut AS$2.17, atau 3 peratus, untuk ditutup pada AS$69.75 satu tong.

Sementara itu, dagangan hadapan minyak mentah Brent turun di bawah AS$80 satu tong tetapi mengakhiri dagangan pada AS$80.05, AS$1.36 atau 1.7 peratus lebih rendah.

Penanda aras global itu didagangkan hampir AS$7 di bawah paras tertinggi empat tahun AS$86.74 yang di cecah 3 Oktober.

Simpanan minyak mentah AS meningkat 6.5 juta tong minggu lalu, peningkatan minggu keempat berturut-turut.

Eksport susut kepada 1.8 juta tong sehari, demikian menurut dara Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Inventori meningkat ketara sungguhpun pengeluaran minyak mentah AS susut 300,000 tong sehari kepada 10.9 juta tong sehari minggu lalu. - Reuters

Berita Harian X