Selasa, 16 Oktober 2018 | 7:51am

Saham teknologi tarik turun Wall Street

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) mengakhiri dagangan lebih rendah, ditarik turun penyusutan dalam saham teknologi di tengah-tengah kebimbangan berhubung kadar faedah dan pendapatan korporat.

Penanda aras indeks S&P 500 bergerak antara wilayah positif dan negatif sepanjang hari tetapi lebih rendah pada akhir dagangan.

Indeks teknologi turun 1.6 peratus, kebanyakannya disebabkan penyusutan dalam S&P 500, manakala sektor defensif seperti hartanah, barangan pengguna dan utiliti menerajui sektor utama S&P dalam peratusan kenaikan.

Harga saham Apple Inc jatuh 2.1 peratus dan adalah penyumbang utama kepada kejatuhan dalam ketiga-tiga indeks utama Wall Street.

Dow Jones Industrial Average susut 89.44 mata, atau 0.35 peratus, kepada 25,250.55.

S&P 500 turun 16.34 mata, atau 0.59 peratus, kepada 2,750.79.

Nasdaq Composite turun 66.15 mata, atau 0.88 peratus, kepada 7,430.74.

Sejumlah 6.91 bilion saham bertukar tangan berbanding 7.82 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X