Jumaat, 5 Oktober 2018 | 7:47am
SAHAM Wall Street mencatat penurunan. - Foto EPA
SAHAM Wall Street mencatat penurunan. - Foto EPA

Wall Street jatuh

NEW YORK: Saham Wall Street mencatat penurunan berikutan pulangan bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) terus mengukuh ke paras tertinggi, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa ia akan mempercepatkan lagi inflasi.

Dow mengalami penurunan pertama dalam enam sesi, manakala kedua-dua S&P dan Nasdaq mencatat hari terburuk sejak 25 Jun.

Pulangan penanda aras nota Perbendaharaan 10-tahun menokok ke paras tertinggi tujuh tahun 3.232 peratus, menandakan lonjakan harian terbesar sejak pilihan raya presiden AS pada 2016.

Dow Jones Industrial Average susut 200.91 mata, atau 0.75 peratus, kepada 26,627.48.

S&P 500 turun 23.9 mata, atau 0.82 peratus, kepada 2,901.61.

Nasdaq Composite susut 145.58 mata, atau 1.81 peratus, kepada 7,879.51.

Alphabet Inc susut 2.8 peratus dan Netflix Inc turun 3.6 peratus.

Apple Inc turun 1.76 peratus, dan Amazon.com Inc susut 2.22 peratus.

Sebanyak 831 kaunter mencecah paras terendah 52-minggu baharu merentas semua pasaran saham AS. - Reuters

Berita Harian X