Rabu, 3 Oktober 2018 | 7:59am
Papan tanda bangunan di Wall Street berhampiran Pasaran Saham New York Amerika Syarikat. - Foto EPA
Papan tanda bangunan di Wall Street berhampiran Pasaran Saham New York Amerika Syarikat. - Foto EPA

Dow Jones catat rekod tertinggi

NEW YORK: Dow mencecah rekod penutup tertinggi, tetapi penyusutan dalam saham Facebook menarik turun kedua-dua S&P 500 dan Nasdaq, mendorong kedua-dua indeks itu ditutup rendah.

Dow dirangsang kaunter seperti Boeing dan Caterpillar berikutan pelabur kekal yakin terhadap syarikat sensitif perdagangan susulan kesepakatan dicapai antara Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Facebook jatuh 1.91 peratus, penyusutan tiga sesi berturut-turut berjumlah 5.6 peratus kesemuanya.

Syarikat sosial media itu, yang mana Jumaat lalu mendedahkan pelanggaran keselamatan paling buruk, berhadapan kecaman orang ramai yang menggesa syarikat teknologi mengambil tanggungjawab lebih serius ke atas keselamatan dalam talian.

Dow Jones Industrial Average menokok 122.73 mata, atau 0.46 peratus, kepada 26,773.94.

S&P 500 susut 1.16 mata, atau 0.04 peratus, kepada 2,923.43.

Nasdaq Composite turun 37.76 mata, atau 0.47 peratus, kepada 7,999.55.

Sejumlah 7.19 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.93 bilion purata 20 hari dagangan sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X