Jumaat, 28 September 2018 | 7:45am

Wall Street ditutup tinggi

NEW YORK: Wall Street ditutup lebih tinggi disokong kenaikan Apple, Alphabet dan Facebook, selain keyakinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) terhadap kekukuhan ekonomi negara itu selepas menaikkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini.

Sebanyak 10 daripada 11 sektor mencatat kenaikan, dengan indeks perkhidmatan komunikasi S&P 500 dengan Facebook, Alphabet, Netflix dan saham Internet dan media lain, melonjak 1.15 peratus.

Alphabet menambah 1.72 peratus dan Netflix naik 0.85 peratus, kedua-duanya membantu melonjakkan S&P 500.

Apple menokok 2.27 peratus selepas JPMorgan memulakan liputan ke atas saham syarikat itu dengan tinjauan ‘overweight’.

Dow Jones Industrial Average menokok 0.21 peratus kepada untuk ditutup pada 26,439.93 mata.

S&P 500 menambah 0.28 peratus kepada 2,914.

Nasdaq Composite naik 0.65 peratus kepada 8,041.97.

Sejumlah 6.2 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.8 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X