Rabu, 26 September 2018 | 7:47am

Wall Street mendatar

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) mendatar apabila rangsangan daripada sektor tenaga dan data keyakinan pengguna yang tinggi membantu mengimbangi kejatuhan dalam syarikat pengeluar cip dan saham sensitif kadar faedah menjelang jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Sektor kewangan S&P 500, termasuk saham bank sensitif kadar faedah, turun 0.38 peratus.

Dow Jones Industrial Average susut 0.26 peratus untuk ditutup pada 26,492.21 mata.

S&P 500 turun 0.13 peratus kepada 2,915.56.

Nasdaq Composite menokok 0.18 peratus kepada 8,007.47.

Amazon.com Inc memberi lonjakan terbesar kepada indeks teknologi dengan mencatat kenaikan 2.08 peratus.

Sejumlah 6.6 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.7 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X