Jumaat, 24 Ogos 2018 | 7:55am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Indeks utama Wall Street mencatat penurunan berikutan saham sensitif dagangan terkesan daripada pelaksanaan tarif baharu dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sungguhpun rundingan sedang berlangsung, kedua-dua negara terbabit mengenakan tarif tambahan ke atas barangan yang dianggarkan bernilai AS$16 bilion.

Saham gergasi perindustrian Caterpillar Inc dan Boeing Co adalah antara penyumbang utama kepada penyusutan Dow.

Saham Caterpillar susut 2.0 peratus, dan Boeing turun 0.7 peratus.

Sektor teknologi S&P 500, adalah satu-satunya sektor yang mencatat kenaikan, menokok 0.2 peratus.

Dow Jones Industrial Average susut 76.62 mata, atau 0.3 peratus, kepada 25,656.98.

S&P 500 turun 4.84 mata, atau 0.17 peratus, kepada 2,856.98.

Nasdaq Composite susut 10.64 mata, atau 0.13 peratus, kepada 7,878.46.

Sejumlah 5.57 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.35 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X