Khamis, 23 Ogos 2018 | 3:54pm

Pasaran saham Tokyo ditutup lebih tinggi

TOKYO: Indeks penanda aras Tokyo, Nikkei 225, ditutup lebih tinggi hari ini disokong nilai yen yang lebih murah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), antaranya.

Indeks Nikkei 225 ditutup 0.22 peratus, atau 48.27 mata lebih tinggi, pada 22,410.82.

Indeks meluas Topix pula susut 0.01 peratus atau 0.15 mata pada 1,698.22.

Dolar AS mengukuh kepada 110.85 yen dalam dagangan petang di Tokyo hari ini, berbanding 110.58 yen di New York dan 110.37 yen di Tokyo pada Rabu.

Di Tokyo, saham berkaitan minyak adalah antara yang mencatat kenaikan, dengan Showa Shell Sekiyu naik 1.55 peratus kepada 2,158 yen dan JXTG Holdings menokok 1.81 peratus kepada 778.8 yen.

Kaunter utama lain, Suzuki Motor menjunam 4.77 peratus kepada 7,274 yen selepas satu laporan menyebut pakar pengeluar kereta mini Jepun itu dan Chongqing Changan Automobile Company dari China bersetuju membubarkan usaha sama. - AFP

Berita Harian X