Khamis, 9 Ogos 2018 | 8:03am

S&P 500, Dow susut

NEW YORK: S&P 500 ditutup lebih rendah disebabkan penyusutan harga minyak mentah.

Bagaimanapun, Nasdaq mencatat kenaikan untuk hari ketujuh berturut-turut, manakala Dow pula mencatat penyusutan kecil.

Dow Jones Industrial Average susut 45.16 mata, atau 0.18 peratus, kepada 25,583.75.

S&P 500 turun 0.75 mata, atau 0.03 peratus, kepada 2,857.7.

Nasdaq Composite menambah 4.66 mata, atau 0.06 peratus, kepada 7,888.33.

Sejumlah 5.95 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.31 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X