Jumaat, 27 Julai 2018 | 8:03am
- Gambar hiasan/Getty Image
- Gambar hiasan/Getty Image

Facebook tolak turun Nasdaq

NEW YORK: Kejatuhan saham Facebook Inc menolak turun indeks Nasdaq lebih satu peratus, kejatuhan harian terbesar dalam sebulan.

Bagaimanapun, saham perindustrian menokok selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka akan mengadakan rundingan perdagangan.

Saham Facebook menjunam 19.0 peratus, kejatuhan satu hari terbesarnya, selepas gergasi media sosial itu meramalkan marjin keuntungan lebih rendah dalam tahun-tahun mendatang.

Penyusutan dalam saham Facebook memberi kesan ke atas indeks teknologi S&P 500 yang susut 1.6 peratus.

Sungguhpun Nasdaq dan S&P 500 jatuh, Dow menokok, sebahagiannya disebabkan pengukuhan saham perindustrian.

Industri, yang terkesan daripada ketegangan perdagangan, lega selepas Presiden Donald Trump dan Presiden EU Jean-Claude Juncker bersetuju untuk bekerjasama menyelesaikan isu berkaitan tarif AS ke atas keluli dan aluminium dan cukai yang dikenakan Eropah sebagai maklum balas.

Dow Jones Industrial Average menokok 112.97 mata, atau 0.44 peratus, kepada 25,527.07.

S&P 500 susut 8.63 mata, atau 0.30 peratus, kepada 2,837.44.

Nasdaq Composite jatuh 80.05 mata, atau 1.01 peratus, kepada 7,852.19.

Sejumlah 7.05 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.06 bilion purata 20 hari dagangan sebelum ini. - Reuters

Berita Harian X