Rabu, 25 Julai 2018 | 7:53am

S&P 500 cecah paras tertinggi

NEW YORK: S&P 500 ditutup pada paras tertinggi sejak 1 Februari disokong keputusan kewangan mantap Alphabet.

Saham Alphabet Inc mencecah rekod tertinggi AS$1,275.00 selepas keputusan suku kewangannya melepasi anggaran Wall Street.

Sahamnya ditutup 3.9 peratus lebih tinggi pada AS$1,258.15.

Syarikat induk Google itu adalah penyumbang utama kepada kenaikan indeks S&P 500.

Dow Jones Industrial Average menokok 197.65 mata, atau 0.79 peratus, kepada 25,241.94.

S&P 500 menambah 13.42 mata, atau 0.48 peratus, kepada 2,820.4.

Nasdaq Composite susut 1.11 mata, atau 0.01 peratus, kepada 7,840.77.

Sejumlah 6.57 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.1 bilion purata dagangan 20 hari sebelum itu. - Reuters

Berita Harian X