Jumaat, 13 Julai 2018 | 8:11am
SAHAM Amerika Syarikat (AS) menokok menyaksikan kaunter berkaitan teknologi mencecah rekod tertinggi. - Foto AFP
SAHAM Amerika Syarikat (AS) menokok menyaksikan kaunter berkaitan teknologi mencecah rekod tertinggi. - Foto AFP

Wall Street catat lantunan

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) menokok menyaksikan kaunter berkaitan teknologi mencecah rekod tertinggi dan sektor perindustrian mencatat lantunan disebabkan kebimbangan berhubung perang perdagangan sebelum ini.

Membantu kenaikan saham teknologi, CA Inc melonjak 18.7 peratus dan adalah kenaikan tertinggi di S&P 500.

Facebook, Microsoft dan Amazon mencecah rekod tertinggi baharu dan bersama-sama Apple dan Alphabet, membantu menolak naik indeks S&P 500 dan Nasdaq.

Dow Jones Industrial Average menokok 224.44 mata, atau 0.91 peratus kepada 24,924.89.

S&P 500 menambah 24.27 mata, atau 0.87 peratus, kepada 2,798.29.

Nasdaq Composite menambah 107.31 mata, atau 1.39 peratus, kepada 7,823.92.

Nilai pasaran Microsoft, yang melonjak 2.2 peratus kepada AS$104.19, juga menokok di atas AS$800 bilion buat pertama kalinya, menyertai Apple, Amazon dan Alphabet dalam kelab AS$800 bilion dan meletakkannya sebagai pesaing untuk menjadi syarikat AS pertama mencecah nilai permodalan pasaran AS$1 trilion.

Sekitar 5.8 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.9 bilion purata dagangan 20 hari sebelumnya, demikian menurut data Thomson Reuters. - Reuters

Berita Harian X