Khamis, 12 Julai 2018 | 8:23am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah, selepas mencatat kenaikan empat sesi sebelumnya.

Ia susulan ugutan Washington akan mengenakan tarif ke atas tambahan barangan China bernilai AS$200 bilion, sekali gus menyemarakkan lagi kebimbangan perang perdagangan, selain penyusutan ketara harga minyak memberi kesan kepada saham berkaitan tenaga.

China berkata, ia akan mengambil tindakan susulan berhubung tindakan membuli oleh Donald Trump itu.

jenama gergasi seperti Boeing, 3M dan Caterpillar, adalah antara yang menerima kesan terbesar daripada persengketaan perdagangan itu, dan antara penyumbang terbesar menarik turun Dow.

Dow Jones Industrial Average susut 219.21 mata, atau 0.88 peratus, kepada 24,700.45.

S&P 500 turun 19.82 mata, atau 0.71 peratus, kepada 2,774.02.

Nasdaq Composite susut 42.59 mata, atau 0.55 peratus, kepada 7,716.61.

Sekitar 6.0 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.9 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya, demikian menurut data Thomson Reuters. - Reuters

Berita Harian X