Isnin, 9 Julai 2018 | 9:19am

Pasaran Asia mula dagangan mengukuh

TOKYO: Pasaran saham Tokyo dibuka mengukuh pagi ini, melanjutkan rali kenaikan di New York dengan nilai yen yang lebih rendah turut menyokong pasaran.

Penanda aras Nikkei 225 menokok 0.23 peratus, atau 51.08 mata, kepada 21,839.22 pada awal dagangan manakala indeks meluas Topix naik 0.34 peratus, atau 5.75 mata, pada 1,697.29.

"Selepas menokok pada awal dagangan, pasaran Tokyo hari ini dijangka akan kehilangan hala tuju berikutan rali minggu lalu di New York berkemungkinan diimbangi kebimbangan berhubung pertelingkahan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China", kata SBI Securities dalam satu nota.

Dolar AS didagangkan pada 110.51 yen, lebih kukuh berbanding 110.46 yen di New York Jumaat minggu lalu.

Sementara itu, indeks meluas MSCI yang menjejaki saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.2 peratus. - Agensi

Berita Harian X